Kisah ini bermula di sebuah kampung di Muar, Johor pada tahun 70an. Seorang guru silat bernama Satar atau lebih dikenali dengan nama Wak Satar. Beliau telah menuntut ilmu kebal di mana beliau harus melalui beberapa syarat iaitu harus berpuasa selama 44 hari. Beliau hanya boleh makan nasi putih dan air masak sahaja. Selain itu semasa berpuasa 44 hari, beliau terpaksa bertapa di tempat sunyi dan hendaklah tidak tidur selama bertapa 44 hari. Setelah selesai menjalani ujian tersebut, maka Wak Satar perlu menghadapi satu lagi ujian yang dapat memperkuatkan ilmu kebalnya iaitu beliau perlu memutuskan tali pusat bayi yang baru lahir menggunakan giginya.
Dengan takdir Illahi, isterinya bersalin anak ketiga dan Wak Satar sendiri menjadi bidannya. Setelah selamat lahir, Wak Satar memutuskan tali pusat yang bercantum dengan uri bayi tersebut. Maka ilmu kebalnya semakin kuat sehingga jika ditetak dengan parang pun tidak cedera. Setelah sekian lama memiliki ilmu kebal itu semua warga kampung menghormati Wak Satar sebagai guru silat terbaik kerana ilmu kebalnya.
Pada suatu pagi semasa pergi menoreh getah, Wak Satar telah ditahan oleh askar komunis dan telah ditembak mati di depan isterinya. Maka berakhir riwayat Wak Satar. Misteri bermula apabila mayat Wak Satar hilang semasa isterinya meminta bantuan orang kampung. Setelah seminggu mencari seluruh penduduk kampung mengistiharkan Wak Satar mati dan ghaib. Setelah berita itu tersebar, maka setiap malam pasti ada penduduk yang akan diganggu oleh roh Wak Satar. Adakalanya Wak Satar muncul di tepi jalan meminta ditumpangkan ke rumahnya. Adakalanya ada orang kampung melihat Wak Satar di masjid sedang mengerjakan solat. Pada masa tersebut, penduduk kampung lebih takutkan roh Wak Satar berbanding ancaman komunis ketika itu yang mengancam negara Malaysia.
Sehingga kini cerita Wak Satar masih ada diceritakan di kampung tersebut. Kata orang2 tua di sana, jika kita menyebut namanya pasti akan muncul jelmaan orang tua yang tidak dikenali yang akan berdiri di depan rumah di sekitar kampung tersebut. Kata orang itu adalah jelmaan Wak Satar. Mungkin disebabkan ilmu yang dipelajari dulu maka Wak Satar ini masih belum mati dan hidup lagi tetapi kerana orang2 kampung mengisytiharkan Wak Satar sudah ghaib dan mati maka beliau hilang dan hanya muncul apabila disebut namanya. Itulah akibatnya menuntut ilmu kebal dalam seni silat Melayu.
KISAH INI CERITA BENAR YANG DISAMPAIKAN OLEH IBU SAYA SEORANG PENDUDUK KAMPUNG DI KAMPUNG KUNDANG ULU GERSIK, MUAR JOHOR.